
Setiap orang mempunyai matlamat berbeza di dalam menyimpan emas.
Berikut adalah 5 sebab kenapa Public Gold menjadi pilihan untuk menyimpan emas.
1. Lebih berdisiplin menyimpan emas daripada menyimpan duit di dalam bank.
Ini adalah kerana sifat manusia itu sendiri yang suka berbelanja daripada menyimpan. Uniknya, dengan berbelanja untuk membeli emas di Public Gold juga bermakna anda menyimpan emas.
Simpanan emas di Public Gold juga lebih mudah kerana anda boleh simpan mengikut kemampuan, serendah RM100 sahaja melalui GAP (Gold Accumulation Program).
2. Simpanan emas adalah simpanan “senyap”
Tidak seperti pelaburan aset seperti hartanah, menyimpan emas boleh dilakukan secara senyap-senyap dan tak ada siapa pun tahu berapa banyak emas yang anda miliki.
Pihak berautoriti pun mungkin tidak akan dapat tahu berapa banyak emas yang anda sudah simpan.
Selain daripada itu, anda sebagai penyimpan emas pun mungkin tidak akan tahu nilai sebenarnya dalam bentuk matawang kerana nilai sebenarnya boleh berubah-rubah mengikut masa, sealunya trend menaik untuk jangka masa panjang.
Secara tak langsung, ini dapat mengelakkan anda daripada boros berbelanja, berbanding simpanan wang tunai.
3. Satu disiplin kepada disiplin yang lain
Disebabkan menyimpan emas sudah melatih anda untuk membina kebiasaan untuk menyimpan emas, ianya juga membina kebiasaan untuk anda menyimpan duit.
Disiplin kebiasaan menyimpan ini akan memupuk rasa ingin menambah aset sebanyak yang mampu di samping menimbulkan rasa tidak senang hati bila tidak menyimpan.
Ianya adalah disiplin yang bagus untuk melindungi masa depan anda daripada sebarang masalah kewangan.
4. Belum lagi kaya, perlulah usaha ke arah kekayaan
Betullah, jika belum kaya, menyimpan dan melaburlah di dalam aset yang boleh memberikan pulangan yang lumayan pada masa akan datang.
Jika anda rasakan yang anda tak mampu membeli emas disebabkan anda belum kaya, tukarlah cara anda berfikir dahulu.
Sebab belum kayalah yang akan menjadi pendorong yang lebih kuat untuk anda menyimpan emas, dan simpanan emas di Public Gold boleh dilakukan setiap bulan secara konsisten dengan modal minimum RM100 sahaja.
Simpanan secara konsisten ini juga boleh dilakukan secara auto-debit – senang untuk mendisiplinkan diri anda untuk menyimpan emas, untuk menjadi kaya satu hari nanti.
5. Berdikari untuk hadapi masalah kewangan satu hari nanti
Pada masa sekarang, anda mungkin tiada masalah kewangan lagi tapi pada masa akan datang, siapa pun tak tahu.
Bila menyimpan emas dan anda menghadapai masalah kewangan kelak, anda boleh gunakan aset emas ini untuk dicairkn secepat mungkin untuk ditukarkan kepada tunai dan selesaikan masalah kewangan anda.
Tidak ada masalah untuk membina aset pelaburan yang lain, seperti hartanah dan saham, tapi ianya lebih mudah untuk mencairkan aset berbentuk emas ini terutama emas dari Public Gold.
Syarikat Public Gold memudahkan anda untuk berjual beli emas dan percayalah bahawa ianya sangat mudah untuk dapatkan tunai dengan pajak atau jual semula emas Public Gold anda di cawangan-cawangan Public Gold atau pun melalui internet.
Kesimpulannya, ini mungkin 5 sebab kenapa seseorang menyimpan emas.
Apa pula sebab anda menyimpan emas di Public Gold?
Pingback: Sekarang Masa Untuk Emas – Menang Emas