
Bayangkan anda berpeluang untuk luangkan 10 minit bersama seorang yang bukan sahaja memilik kebebasan kewangan bahkan kebebasan masa, kebebasan peribadi & kebebasan daripada terikat untuk melakukan apa-apa sahaja.
Apa 3 soalan yang akan anda tanya beliau?
Anda akan tanya “million dollar questions” yang akan menjawab hampir kesemua soalan lain yang bermain di dalam minda anda.
Itulah yang saya lakukan bila diberikan masa berharga ini untuk saya menemuramah seorang insan hebat yang banyak berjasa dalam mengajar ribuan orang tentang kekayaan dengan emas.
Hanya 3 soalan saya ajukan kepada beliau dan saya pasti bila anda dengar jawapannya, hidup anda tidak akan tenteram selagi anda tidak buat tindakan sewajarnya.
Nak tahu tak apa 3 soalan tersebut? Nak tahu tak jawapan daripada beliau?
.
.
.
Saya perkenalkan kepada anda seorang sahabat saya yang sangat merendah diri dan hebat ilmu emas beliau.
Encik Syukor Hashim.
Saya mengenali encik Syukor Hashim seawal 2008 lagi dan walaupun beliau memilih bidang yang sedikit berlainan daripada saya ketika itu, saya tidak pernah lupa tentang nama Syukor Hashim.
Sekali-sekala, saya akan mengikuti perkembangan beliau dari jauh.
Saya sentiasa sahaja beri perhatian kepada apa yang beliau usahakan.
Saya kekalkan hati terbuka untuk peluang baru asalkan ianya selari dengan prinsip bisnes saya yang mahukan bisnes boleh dilakukan 100% online.
Manalah tahu? Bila peluang mengetuk pintu, saya akan bersedia membukanya.
.
.
.
Ianya bukan kebetulan bila saya menyertai Public Gold pada 10 Jun 2022.
Semuanya sudah diatur oleh Allah di mana saya mula menyelidik tentang bisnes emas Public Gold dengan lebih mendalam selepas seorang sahabat mengajak saya menyertai sebuah syarikat simpanan emas digital yang baru.
Nasib saya baik kerana saya berkawan dengan ramai juga (taklah ramai sangat) pakar kewangan tanahair dan mula melakukan beberapa panggilan telefon dan mesej melalui Whatsapp untuk minta pendapat tentang syarikat emas baru ini.
Semakin banyak nasihat yang saya minta, semakin ragu-ragu saya untuk teruskan melabur emas di dalam syarikat ini.
Bukannya bermakna syarikat ini bermasalah tetapi saya sendiri yang bermasalah kerana masih belum lagi pakar di dalam bidang emas tetapi sudah mahu terjun dengan kedua-dua belah kaki ke dalam air yang belum tentu cetek atau pun sedalam lautan.
Akhirnya saya hubungi sahabat lama saya, tuan Azizi Ali, Mentor Wang #1 Malaysia dan ini balasan Whatsapp yang saya dapat daripada beliau:
“However I will explain a little (more) since you are my good friend…”

Fuh! Sekali sahaja tengok mesej tersebut, saya dah dapat baca kiasan beliau.
Tersentak saya seketika.
“Dulu Azizi Ali letakkan kepercayaan 100% kepada aku bila minta nasihat tentang bisnes online kerana bisnes online adalah kepakaran aku. Sekarang kenapa aku nak meragui nasihat Azizi Ali tentang pelaburan emas bila beliau adalah pakar kewangan #1 Malaysia? Lagi pun aku dengan Azizi Ali pernah hasilkan produk digital berkaitan emas yang diberi nama Rahsia Emas dan bekerjasama dalam beberapa lagi projek lain”
Selebihnya, keputusan saya untuk menyertai Public Gold menjadi sangat mudah.
Saya hubungi semula Encik Syukor dan minta nasihat sama ada saya perlu daftar di bawah tuan Azizi Ali atau di bawah beliau.
“Daftar di bawah tuan Azizi”, kata beliau.
Ringkas sahaja, kan?
Tetapi ini besar maknanya.
Automatik, saya berada di bawah naungan 2 mentor yang sangat hebat bila saya daftar di bawah tuan Azizi Ali.
10 Jun 2022 adalah tarikh rasmi saya menjadi ahli Public Gold.
Maka bermulalah perjalanan saya menambah ilmu tentang emas dan membuat persediaan untuk menjadi Extraordinary Warrior di dalam Public Gold.
Litmus test, persiapan mental dan fizikal, persediaan tools untuk bina bisnes dan pelbagai lagi telah dan sedang dilakukan, termasuk strategi untuk kekal di dalam bisnes Public Gold untuk jangkamasa panjang.
.
.
.
Fast forward…
Semalam dan hari ini, 25 & 26 Februari 2023, saya hadirkan mental dan fizikal saya di JutawanEmas Roadmap Program sebagai seorang peserta.


Saya hadir sebagai seorang yang gelasnya kosong, bersedia untuk diisi dengan ilmu emas, ilmu kewangan, ilmu kekayaan, ilmu kejayaan.
Alhamdulillah, hari pertama berlalu dengan hebat sekali.
Amazing & puas hati!
.
.
.
Namun, saya wajib tutup hari training saya dengan sesuatu yang lebih istimewa.
Saya perlu hasilkan sesuatu yang unik dengan mentor emas saya, Encik Syukor Hashim.
Maka terhasillah temuramah ringkas berdurasi 7 minit.
Interview ini padat.
Soalannya tersangat simple tapi impak daripada jawapannya boleh meruntun jiwa untuk sesiapa yang mendengarnya untuk mula bertindak.
AMARAN! Selepas menonton video temuramah ini, anda yang belum sertai Public Gold akan berasa rugi kerana tidak mula menyimpan emas dengan Public Gold 10 tahun lepas, 5 tahun lepas, 1 tahun lepas, 1 bulan lepas atau pun semalam. Lebih rugi bila sudah tahu rahsia emas ini tetapi masih tidak mendaftar bersama Public Gold hari ini.
Jadi, apakah 3 soalan berhantu ini?
In shaa Allah, saya akan kongsikan rakaman video ini dalam masa terdekat.
Buat masa sekarang, izinkan saya habiskan dahulu kehadiran saya di JutawanEmas Roadmap Program pada hujung minggu ini.
Sebagai assignment, buat kajian anda sendiri tentang simpanan emas & Public Gold.
Jangan risau sekiranya anda ternampak ada yang baik, ada yang sedikit lemah, ada yang WOW tentang emas & Public Gold bila anda lakukan kajian anda sendiri sebab tiada satu pun syarikat yang sempurna.
Hakikatnya, kesempurnaan bukannya milik makhluk.
Selamat mengkaji & terima kasih kepada encik Syukor Hashim kerana sudi berkongsikan “the best wisdom” yang sempat kita padatkan bersama dalam 7 minit.
Terima kasih kepada yang sudi baca dari awal hingga akhir!
Anda extraordinary.