Bila anda berbelanja di PGMall, anda akan mendapat cashback dalam bentuk c-wallet yang disimpan di dalam akaun PGMall anda.
Begitu juga bila ada aktiviti pembelian emas daripada klien anda di dalam Public Gold atau di dalam PGMall itu sendiri.
Maksudnya, terdapat pelbagai cara untuk anda kumpul tunai dalam bentuk c-wallet dalam akaun PGMall ini.
Selepas itu, anda boleh berbelanja semula di dalam PGMall menggunakan tunai di dalam c-wallet anda tersebut.
Itulah yang saya lakukan untuk membuat pembelian 3 buah buku di bawah ini:
Semua buku ini dibeli dengan menggunakan c-wallet dan saya tak perlu keluarkan 1 sen pun termasuk kos penghantarannya yang juga diberikan percuma.
Bagaimana saya lakukannya?
Mudah sahaja.
1) log masuk ke dalam akaun PGMall.
2) pilih barang nak beli dan masukkan barang ke dalam shopping cart.
3) kemudian semasa checkout, pilih c-wallet sebagai kaedah pembayaran.
Itu sahaja yang perlu anda lakukan untuk membuat pembelian barang di dalam PGMall menggunakan c-wallet.
Untuk memudahkan lagi pemahaman anda tentang kaedah pembelian barangan di PGMall menggunakan c-wallet ini, saya sertakan sekali video yang saya rakam khas untuk anda di bawah:
Semoga panduan ini bermanfaat untuk anda.